Dukacita dimaklumkan, salah seorang ahli kita telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi lebih kurang jam 8.00 malam bersamaan hari Khamis 18hb. March 2010, akibat kemalangan jalanraya. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat...insyaAllah... Al-Fatihah....
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa lebih 2,000 pekerja am tempatan di Proton masih menerima gaji asas RM600 sebulan. Setiausaha Agungnya, G Rajasekaran, berkata golongan pekerja terbabit yang bekerja di bahagian pemasangan kenderaan menerima gaji itu sejak 2007.
Katanya, MTUC akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat bagi meminta beliau campur tangan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Petikan dari Berita Harian Online.
Salam sejahtera kepada semua pembaca ruangan ini. Pandangan dari semua pembaca amat dialu-alukan bagi membincangkan isu di atas. Adakah masih relevan gaji RM600 sebulan bagi pekerja yang tinggal di bandar besar seperti Shah Alam yang kos sara hidupnya agak tinggi. Apakah asas dan alasan majikan untuk terus mempertahankan jumlah tersebut dibayar kepada pekerjanya. Sama-samalah kita bincangkan.