Fiesta Worldcup

 
Sempena menjelangnya perlawanan akhir Piala Dunia 2010, Apple Green Club telah menganjurkan pertandingan futsal yang melibatkan ahli-ahli kelab. Ianya telah diadakan pada 10hb. Julai 2010 bertempat di Sports Planet, Bandar Sunway. Sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut dan kesemua pasukan tersebut telah diberi nama sempena nama negara yang telah terlibat dalam merebut kejuaran Piala Dunia 2010.

Pasukan yang diberi nama Portugal telah menjuarai pertandingan pada kali ini. Naib juara pula telah disandang oleh pasukan Spain, ke-tiga Jepun dan ke-empat Ghana.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah mengambil bahagian pada kali ini, dan tidak ketinggalan terima kasih yang tidak terhingga kepada urusetia program yang telah bertungkus-lumus menjayakan program pada kali ini.



 
Search