Undangan Perkahwinan

Salam kepada semua ahli AGC.....

Untuk makluman semua... salah seorang dari ahli AGC akan melangsungkan perkahwinan pada bulan November ini.... beliau sekeluarga telah mengundang semua ahli untuk bersama-sama meraikan majlis beliau.

Di bawah ini disertakan kad jemputan beliau berserta pelan rumah.

Ihsan & Ani





Semoga ikatan tersebut berkekalan hingga keakhir hayat hendaknya.... AMIN.......




Salam Lebaran





Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan ia keruh,
Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,
Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN.
Mohon Maaf zahir dan batin.


Ikhlas dari,
AppleGreenClub









Majlis Berbuka Puasa




Salam Ramadhan.

Bagi megeratkan tali sillaturrahim antara Ahli AppleeGreenClub satu Majlis Berbuka Puasa akan diadakan berketetapan seperti berikut:-

Tarikh: 27hb. Ogos 2010 (Jumaat)
Tempat: Antan Batura, Taman Rekreasi Tasik Shah Alam
Masa: 7.00 pm
Bayaran: RM30.00 seorang

Bagi yang berminat boleh berhubung terus dengan AJK Club atau melalui email di alamat agclub2010@gmail.com.

Terima kasih.






Ramadhan Al-Mubarak


Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli Apple Green Club dan semua umat Islam sedunia.

Dalam hitungan jam kan kita jelang Ramadhan nan suci,
kami pintakan maaf setulus hati akan khilaf yang selama ini terjadi
Taqobalallahu minna wa minkum, mohon maaf lahir batin atas segala kesalahan kami.
Bagi yang melaksanakannya, kami ucapkan selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan.
Semoga amal ibadah kita semua diterima ALLAH SWT.

Adzan-adzan lari berseruan dari langit-langit rumah Tuhan
Tuntun jari-jari dosaku ke arah-Mu
Kutundukkan congkak kepalaku
Tak layak ku disisi-Mu
Gelimang noda dan dosa balut tubuhku dari semua rasa yang telah mati.

Jika hati sejernih air , jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAN...



ikhlas dari AppleGreenClub



Fiesta Worldcup

 
Sempena menjelangnya perlawanan akhir Piala Dunia 2010, Apple Green Club telah menganjurkan pertandingan futsal yang melibatkan ahli-ahli kelab. Ianya telah diadakan pada 10hb. Julai 2010 bertempat di Sports Planet, Bandar Sunway. Sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut dan kesemua pasukan tersebut telah diberi nama sempena nama negara yang telah terlibat dalam merebut kejuaran Piala Dunia 2010.

Pasukan yang diberi nama Portugal telah menjuarai pertandingan pada kali ini. Naib juara pula telah disandang oleh pasukan Spain, ke-tiga Jepun dan ke-empat Ghana.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah mengambil bahagian pada kali ini, dan tidak ketinggalan terima kasih yang tidak terhingga kepada urusetia program yang telah bertungkus-lumus menjayakan program pada kali ini.



 

Jadual & Keputusan Semasa World Cup 2010

 
Bahang World Cup kini kembali lagi. Jangan terlepas untuk menonton siaran langsung pasukan pilihan anda beraksi.

Sila klik di image trophy world cup di bawah untuk mendapatkan jadual dan keputusan semasa World Cup 2010.

Perlantikkan Ahli Jawatankuasa 2010-2011

 
Assalammualaikum....

Alhamdulillah, selesai sudah perlantikkan jawatankuasa baru AppleGreeClub bagi tempoh 2010-2011. Mesyuarat perlantikkan itu telah diadakan pada 31hb. March 2010. Carta organisasi akan di upload pada masa yang terdekat. Selain itu beberapa aktiviti telah di rancang, insyaAllah semuanya akan berjalan mengikut perancangan.

Kepulangan Ke Rahmatullah Seorang Ahli Apple Green Club

                                             Izmer bin Ajmain

Assalammualaikum w.b.t.

Dukacita dimaklumkan, salah seorang ahli kita telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi lebih kurang jam 8.00 malam bersamaan hari Khamis 18hb. March 2010, akibat kemalangan jalanraya. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat...insyaAllah...   Al-Fatihah....

Lebih 2,000 pekerja Proton terima gaji asas RM600 sebulan

2010/03/10

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa lebih 2,000 pekerja am tempatan di Proton masih menerima gaji asas RM600 sebulan. Setiausaha Agungnya, G Rajasekaran, berkata golongan pekerja terbabit yang bekerja di bahagian pemasangan kenderaan menerima gaji itu sejak 2007.
Katanya, MTUC akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat bagi meminta beliau campur tangan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Petikan dari Berita Harian Online.

Salam sejahtera kepada semua pembaca ruangan ini. Pandangan dari semua pembaca amat dialu-alukan bagi membincangkan isu di atas. Adakah masih relevan gaji RM600 sebulan bagi pekerja yang tinggal di bandar besar seperti Shah Alam yang kos sara hidupnya agak tinggi. Apakah asas dan alasan majikan untuk terus mempertahankan jumlah tersebut dibayar kepada pekerjanya. Sama-samalah kita bincangkan.

Maulidur Rasul 1431H/2010M


Salam Maulidur Rasul 1431H/2010M buat semua. Sesungguhnya Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh ikutan yang terbaik kepada seluruh umat Islam. Maka marilah kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan agar perpaduan dan persaudaraan terus terjalin penuh kemesraan bagi "Memantapkan Ukhwah - Memperkasa Ummah". Ikhlas dari AppleGreenClub.



Kebaikan dan keburukan facebook


Facebook adalah salah satu media social network yang sangat terkenal, dengan facebook kita dapat berinteraksi dengan berbagai macam orang dari seluruh dunia. Di Facebook kita dapat menampilkan profile diri kita, lengkap dengan foto-foto kita, bersosialisasi dengan orang-orang yang punya hobi sama, menjadi fans artis, berbagi cerita dan kegiatan kita, atau chatting online dengan user lain. Persoalaannya di sini ialah apakah kebaikan dan keburukannya kepada diri kita, keluarga kita dan syarikat tempat kita bekerja? Bodohkah kita atau diperbodohkan.......bijakkah kita atau diajar menjadi bijak oleh Mark Zuckerberg (pemilik facebook) kerana menggunakan kemudahan yang diciptanya  hingga dia bergelar billion air......Sama-samalah kita bincang-bincangkan..........

Launching Ceremony

Salam. Thank you to all who were present at the launching Blog Apple Green Club. Support from all members of the very goals. Here I attach a photo during the launching ceremony.







Launching of AGC Blog


Selamat Datang ke Majlis Pelancaran
Blog Apple Green Club
Tarikh: 6hb. Februari 2010
Tempat: T&P Room Proton Shah Alam
Masa: 12.30 AM



XTVT

Apple Green Club has plans to continue further later in March. Committee agreed to hold futsal competition between members. So we hope all members can give a full commitment to the program can be successfully implemented. With this post I included some photos from the past along the bowling competition.

                                                                 Winner



                                       Photos throughout the competition

   We will upload others photo next time. Thanks.                        

Thanks


Alhamdulillah .... already done bowling competition organized by the APPLE GREEN CLUB. Winners were also how we know. Thanks to all that has commitment and undivided support for the success of the program at this time. Management programs apologize if there is a shortage throughout the event and error. InsyaAllah photos throughout the competition will be published in this blog in the near future.

Applegreenclub Chat Room


Start now, Apple Green Club have a own chat room. Visitor can use the chat room with click agc chat room on links column at sidebar.

Apple Green

Apple Green Club was formed in early 2008. The purpose of this club was established on the basis to strengthen the relationship between human beings. In the early establishment, the club is a football club and on the basis of want a more intimate relationship between human beings has been added to club sports, recreation and welfare. The club has about 100 members who are registered and have a high commitment in all activities.

                              Photo player Apple Green Club


Wait for the next story about Apple's Green in the upcoming post.
Search