Lebih 2,000 pekerja Proton terima gaji asas RM600 sebulan

2010/03/10

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa lebih 2,000 pekerja am tempatan di Proton masih menerima gaji asas RM600 sebulan. Setiausaha Agungnya, G Rajasekaran, berkata golongan pekerja terbabit yang bekerja di bahagian pemasangan kenderaan menerima gaji itu sejak 2007.
Katanya, MTUC akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat bagi meminta beliau campur tangan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Petikan dari Berita Harian Online.

Salam sejahtera kepada semua pembaca ruangan ini. Pandangan dari semua pembaca amat dialu-alukan bagi membincangkan isu di atas. Adakah masih relevan gaji RM600 sebulan bagi pekerja yang tinggal di bandar besar seperti Shah Alam yang kos sara hidupnya agak tinggi. Apakah asas dan alasan majikan untuk terus mempertahankan jumlah tersebut dibayar kepada pekerjanya. Sama-samalah kita bincangkan.

6 comments:

  1. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormsti sekian, Saya selaku pendengar serta pemerhati amatlah berdukacita di atas apa yang telah berlaku, dialami serta di tanggung oleh pihak tuan.
    Namun apakan daya kerana pepatah Mulayu ada mengatakan "HASRAT HATI INGIN MEMELUK GUNUNG, APAKAN DAYA TANGAN TAK SAMPAI". Namun kita sebagai makhluk yang paling sempurna di muka bumi yang indah permai tapi hanya sementara ini telah dianugerahkan @ dikurniakan akal dan fikiran yang sempurna ( Aqil serta Mumayyiz)pastinya masih boleh mencari kaedah penyelesaian yang terbaik dan hakiki demi untuk Kita, Keluarga, Masyarakat, Agama, Bangsa dan Negara.
    Sebagaimana Yang pernah dinyatakan oleh Syeikh Abdul Qhodir Jailani di dalam kitabnya bahawa "Rezeki Allah Ta'ala ini adalah selebat rambut di kepala". Di sini bolehlah dijelaskan bahawa rezeki itu ada di mana-mana, cuma hanya kita yang mungkin gagal untuk merungkai serta memecahkan kebuntuan tersebut kerana kita mungkin malas, sombong serta ego untuk berusaha sedikit bagi mencari jalan keluar dari kepompong yang telah di bina sejak zaman berzaman yang kononnya merupakan "zon keselesaan" itu.
    Namum begitu, tidaklah saya menafikan bahawa sifat Melayu adalah kental dan sejagat. Datuk Laksamana Hang Tuah lagenda Melayu ada mengatakan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Jika kita perhati, kaji serta renung maka bertepatanlah pandangan makrifat dari Orang Kaya Datuk itu bahawa orang melayu sememangnya amat setia kepada Tuannya. Meskipun pahit akan ditelan jua. "Biarlah mati anak, jangan mati adat". Itulah "Melayu".
    Dan saya sebagai melayu amatlah terharu dengan anugerah serta penghargaan yang sebesar itu. Namun tidakkah tuan-tuan,puan-puan serta saudara-saudari sekalian ingin melakukan sedikit perubahan serta anjakkan paradigma walaupun hanya sejengkal? Lupakah tuan-tuan akan ungkapan Tuan Syeikh Wali Qutud itu?.
    Biarlah jalan lurus itu penuh onak dan duri, biarlah jalan tepi penuh onar dan liku. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.Pokoknya berani!
    Seandainya satu pintu penuh sesat dan lirat, cubalah pintu@jalan yang lain itu.Pastinya kito akan menemui "Kedamaian yang pasti" insya-Allah. Tapi beranikah kito?. Tepuk dada, tanyalah iman.
    Marilah kita sama-sama ber-muhassabah diri dan merenung sedalam-dalamnya kemanakah hala tuju kita yang sebenarnya. Tidakkah ada ramalan serta andaian (Forecast)? Tidakkah ada jalan berbentuk Plan B (Contigency Plans)sebagai penyelesaian? Berusahalah kito mencari akhirat seolah-olah akan mati esok hari dan carilah dunia seolah-olah hidup menongkat langit.......
    Bila satu pintu tidak memahami dan menghargai carilah pintu-pintu yang benar-benar menghargai dan memahami. Jadilah kito Melayu Islam yang sebenar-benarnya yang pastilah berani berubah (Hijrah). Dan hijrah adalah satu Sunnah. Wallah Hua'lam Bissawab.
    Yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari saya, hamba yang sememangnya lemah dan menumpang dari segala Rahmat dan Nikmat Allah sementara ada kesempatan dan waktu. Wassalamun.

    ReplyDelete
  2. aku terharu dan sedih

    ReplyDelete
  3. semua betul.klu nak berkat bisness kena ikut cara islam.klu nak senang pastu akhirnye bankrup ikut la cara yahudi.....kita klu senang kena kongsi sama2 baru la org islam boleh maju dan berjaya.....ni tidak bila senang ..senang puak diaorg je...pastu membazir pada yg bukan2......pekerja ne tunjang belakang kejayaan ...dia org kena ingat....mcm2 pekerja buat utk bantu syarikat.....tp apa yg diaorg nampak usaha kita...klu kuat kerja je klu x da doa.....payah syarikat nak kaya..pekerja baru gaji rm600...tu baru pekerja baru,camna pekerja yg otai2 lg x cukup..syarikat ne bukan x nampak masalah kita tp dia org membutakan je mata diaorg......klu nak bagi diaorg nampak sikit...kita ne kena tunjukkan skit...tp klu nak pikit kena ikut law baru diaorg sedauuuuu..yg penting kita kena buat tindakan yg profesional ...cara lembut tp pedih... wa cadang kita buat solat hajat n doa ramai2 kat court tenis tu ke....tu baru tindakan yg pertama....klu bro2 ada idea lain bg tau arr...wa sendiri syg dgn proton ne...byk jasa yg proton bg kat wa...tp jasa n kederat wa pon mengunung wa n pekerja lain da curahkan kat proton..selama ne apa2 yg proton suruh buat mana ada kita bantah kan kan kan.

    harap2 impian kita semua agar gaji naik 3-4 ratus tu bejaya.....
    lg bertambah sayang la kita pada proton
    HIDUP SAUDARA2 KU MARI KITA DOAKAN AGAR IMPIAN KITA TERCAPAI !!!

    ReplyDelete
  4. salam...kepada kwn2 yg nk tgk gambar2 perkahwinan sy..layari lamweb... Sindorawarna@yahoo.com

    ReplyDelete

Search